Saturday 27 September 2014

KHASIAT LIMAU MADU

LIMAU MADU TERENGGANU

  1. Membatu sistem Penghadaman
    Serat yang terdapat di dalam limau, boleh dimanfaatkan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman anda .

  1. Membantu Selera Makan
    Jika ada anak anda atau anda sendiri yang merasa kurang memiliki nafsu makan,  anda boleh memanfaatkan buah limau sebagai penambah nafsu makan.
     
    POKOK LIMAU MADU TERENGGANU
  2. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
    Vitamin C yang terkandung di buah limau, biasa membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan menjauhi segala penyakit yang akan menyerang tubuh anda termasuk menjaga dan mencantikkan kulit anda.
     
    PROSES PEMBERSIHAN BUAH LIMAU MADU
  3. Mencegah Kanser
    Beberapa penelitian banyak membuktikan buah limau memang banyak manfaatnya, salah satunya di Australia, mereka meneliti limau ternyata mampu mencegah kanser karana limau yang kaya dengan vitamin C. 
  4. Sumber Potasium
    Potasium yang terkandung di dalam limau, dinyatakan mampu untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu kesehatan tubuh yang lainnya terutama jantungdisamping berperan untuk menghindari osteoporosis.
     
    LIMAU MADU TERENGGANU
  5. Menghilangkan Sariawan (alser)
    Rasa yang sedikit asam dari lmau, dapat membantu untuk menyembuhkan penderita yang sedang sariawanan (alser).
     
  6. Mencegah Diabetes
    Serat yang terdapat pada buah limau, mengandung fruktosa yang dapat memantu menurun dan mensetabil kadar gula dalam darah.



Rujukan: http://kesehatan96.blogspot.com/



Penglibatan tiga kampung hidupkan semula projek limau madu



Oleh: Aida Abd Rahman

Seramai 30 penduduk dari tiga buah kampung, masing-masing Kampung Lubok Periuk, Kampung Telaga dan Kampung Kolam bakal menyertai projek perintis bagi menghidupkan semula tanaman limau madu yang pernah mengalami kegagalan di negeri ini.


YUSOF MAIDIN


Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Encik Md Yusof Maidin berkata projek berkenaan akan dilaksanakan di kawasan seluas 11 hektar secara sistematik dan dilengkapi kemudahan asas mencukupi termasuk sistem pengairan bagi memastikan masalah sama tidak berulang.

"Jabatan Pertanian mengambil langkah menghidupkan semula tanaman limau madu di Terengganu setelah mempelajari kesilapan yang lalu," katanya.

Beliau berkata, jabatannya akan memberi tumpuan kepada kawalan penyakit bagi memastikan tanaman itu sentiasa subur dan mengeluarkan hasil sebagaimana sasaran.

Sebelum ini, Terengganu pernah mengusahakan tanaman itu secara besar-besaran, namun projek tersebut gagal selepas tanaman musnah diserang penyakit.

Encik Md Yusof berkata, bantuan kira-kira RM100,000 telah dikeluarkan oleh jabatannya bagi membantu peserta projek itu meliputi pembersihan kawasan, benih, baja, membina setor dan jalan.

“Kita mensasarkan tanaman limau di Kampung Lubuk Periok yang melibatkan 2,200 pokok mengeluarkan hasil pertama tahun depan, sementara Kampung Telaga (500 pokok) dan Kampung Kolam (220 pokok) akan mengeluarkan hasil dua tahun lagi,” katanya.

Selain itu, bagi tahun pertama, pihaknya menganggarkan projek itu mengeluarkan hasil sehingga 300kg sepohon manakala harga pasaran pula antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram.


2 comments:

  1. Casino Poker - Reviews & Ratings from Real CasinoRatings
    See casino poker ratings & reviews 해외 배팅 업체 by real casino 벳 365 코리아 먹튀 players. 에볼루션바카라 Find out what casinos 넷마블 포커 are popular with players and get ratings for bonuses, games, and 먹튀사이트 more.

    ReplyDelete
  2. Hard Rock Casino Hotel, Las Vegas, NV - Mapyro
    Find Harrah's 고양 출장샵 Casino Hotel, Las Vegas, NV, United States, 인천광역 출장샵 United States, 남양주 출장마사지 real-time prices, trends and photos of Hard Rock 김해 출장샵 Casino Hotel, 김포 출장샵 including reviews,

    ReplyDelete